Hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati bersifat jasmani.
Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya.
Hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua aktiviti seseorang.
Hati baik maka akan baiklah kelakuan seseorang itu dan jika sebaliknya maka buruklah peribadi seseorang itu.
Hati adalah nilaian Allah yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.
Posted at 10:19 am by azzzalea